Sunday, October 3, 2010

tolong jaga adab..

orang melayu merupakan kaum yang tinggi budi pekertinya. Ini adalah hasil ulama-ilama terdahulu yang menyerapkan budaya Islam ke dalam setiap hati orang melayu. Tapi apa yang saya dapati di dalam blog-blog pembangkang yang secara kurang ajar nya mendoakan Tun M supaya mati cepat amat menyedihkan. Siapa Tun M?dia merupakan mantan PM Malaysia yang ke-4, dan telah banyak menabur budi dan jasa ke atas bumi Malaysia.

Saya akui, ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan beliau sepanjang pemerintahan beliau. Tapi, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau ada perlakuan beliau yang salah, biar ALLAH yang menghakimi, siapa kita nak menilai kesalahan beliau sedangkan kita sendiri belum tentu bersih dr sebarang dosa.

Adab orang Islam bila mendengar seseorang itu jatuh sakit ialah dengan mendoakan kesejahteraan orang itu. kalau ada kesempatan pergilah melawat, dan melawat orang yang sedang sakit pon perlu diiringi dengan adab. Mendoakan kecelakaan saudara seagama kita amatlah dilarang. Sedangkan tidak bertegur sapa selama 3 hari pon amat dilarang oleh Rasulullah SAW, ini kan pula untuk mendoakan kecelakaan mereka.

Jadi,kepada mana2 individu yang sudah terlepas cakap, pergilah memohon maaf kepada Tun,kerana kesalahan kepada ALLAH boleh meminta taubat. Tetapi kesalah kepada manusia, perlu mendapatkan kemaafan drpd orang tersebut. Kepada Tun, saya mendoakan kesejahteraan anda, kerana buah fikiran anda amat diperlukan untuk memartabatkan bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment