Tuesday, October 5, 2010

PRK

Pilihanraya akan diadakan di DUN Galas disebabkan oleh kematian penyandang terdahulu. Parti yang dijangka akan bertanding ialah PAS dan UMNO. Lupa kan soal pilihanraya nikerana blog2 laen sudah menganalisa dengan lebih detail. Apa yang menarik perhatian saya ialah pertandingan ini akan melibatkan dua parti besar yang mewakili orang melayu. Apa kah implikasi nya terhadap perpaduan kaum kita? Anda semua sudah tau bukan. Namun kita terpaksa "bergaduh" sesama Melayu, sama2 Islam, demi mempertahankan kuasa dunia yang hanya sementara. Dan juga demi menyuburkan semangat demokrasi yang ternyata tidak ada dalam ajran Islam.

pilihanraya wujud kerana ada nya demokrasi. Demokrasi wujud akibat ciptaan musuh2 Islam. Jadi, mengapa kita mesti mengikut apa yang dicipta oleh musuh2 Islam?Dan kita sendiri tahu apa kesannya kan. Sesama Islam, Melayu, semakin berpecah dan perpaduan yang diharapkan semakin pudar.

Jadi, apa yang saya harap, kita orang2 melayu duduk bersama, berbincang supaya perpaduan boleh diwujudkan dan sgt2 berharap agar demokrasi dihapuskan. Kita ganti dengan sistem Khalifah, yang betul2 mengikut ajaran Islam. Berkenaan orang bukan Islam, tidak perlu risau. Ajaran islam tidak akan menyusahkan sesiapa pon, termasuklah orang bukan Islam, dengan syarat mereka tidak emnentang Islam.

Jadi, kepada UMNO, PAS dan PKR, anda sanggup menyahut cabaran ini?

No comments:

Post a Comment