Sunday, October 3, 2010

pentingnya perpaduan..

lidi kalau dikumpulkan bersama sama amatlah susah untuk dipatahkan. Tapi kalau dicerai ceraikan menjadi beberapa kumpulan, dan sat kumpulan hanya mengandungi beberapa batang lidi, begitu mudah ia akan dapat dipatahkan. Begitu juga hiduo manusia. Tanpa perpaduan yg utuh, begitu senang anasir-anasir luar dapat menghancurkan kita. Malangnya, bibit-bibit perpecahan dalam kalangan orang melayu semakin parah, semakin membusuk dan hanya tunggu masa untuk dimusnahkan.

Namun kita masih belum terlambat. Bibit-bibit perpecahan masih boleh dipadamkan. Nanah yg membusuk masih boleh dibuang, dirawat dan ditaruk penawar agar ia pulih. Proses pemulihan ini bukan lah satu kerja yang mudah, memandangkan orang melayu di bumi bertuah ini telah terbahagi kepada 4 pecahan: UMNO, PAS, PKR, dan yg atas pagar. Pemimpin-pemimpin Melayu, dan semua orang melayu perlu bekerjasama, bersatu hati untuk memulakan proses perawatan ini. Golongan yg menjadi virus, yang boleh membantutkan usaha murni ini harus dibanteras dari sekarang. Tidak lupa juga virus yg ada dalam diri setiap orang melayu, iaitu sifat PHD, yang sentiasa merenggangkan hubungan sesama saudara. Itu juga harus dihapuskan dengan serta merta.

Orang melayu perlu kenal siapa kawan dan siapa lawan. Jangan hanya kepentingan sendiri, kawan dijadikan lawan, dan lawan dijadikan sahabat yang setia. Di Malaysia ni, kite sendiri kenal siapa lawan kita, dan tidak perlu saya perjelaskan dengan panjang lebar. Namun, ada sebahagian orang melayu yang masih x mahu menerima hakikat ini, dan berterusan menjadikan lawan sebagai kawan. dan kawan sebagai musuh sejati.  Keadaan ini hanya akan merugikan kaum melayu itu sendiri, dan bangsa kita akan terus dipijak, dihina setiap masa.

Marilah bangsa ku, kita rapatkan saf, kukuhkan ikatan, agar bangsa kita sentiasa kuat untuk menghadapi segala ancaman dari luar. Buang segala prasangka buruk, dan jangan ada sifat iri hati kepada saudara kita. Sedarlah, jangan kerana kepentingan diri sendiri, kita sanggup untuk menggadaikan agama dan bangsa sendiri. Bersatulah orang Melayu!!!!

No comments:

Post a Comment