Sunday, October 10, 2010

Anak Kecil Main Api

Tuesday, October 5, 2010

PRK

Pilihanraya akan diadakan di DUN Galas disebabkan oleh kematian penyandang terdahulu. Parti yang dijangka akan bertanding ialah PAS dan UMNO. Lupa kan soal pilihanraya nikerana blog2 laen sudah menganalisa dengan lebih detail. Apa yang menarik perhatian saya ialah pertandingan ini akan melibatkan dua parti besar yang mewakili orang melayu. Apa kah implikasi nya terhadap perpaduan kaum kita? Anda semua sudah tau bukan. Namun kita terpaksa "bergaduh" sesama Melayu, sama2 Islam, demi mempertahankan kuasa dunia yang hanya sementara. Dan juga demi menyuburkan semangat demokrasi yang ternyata tidak ada dalam ajran Islam.

pilihanraya wujud kerana ada nya demokrasi. Demokrasi wujud akibat ciptaan musuh2 Islam. Jadi, mengapa kita mesti mengikut apa yang dicipta oleh musuh2 Islam?Dan kita sendiri tahu apa kesannya kan. Sesama Islam, Melayu, semakin berpecah dan perpaduan yang diharapkan semakin pudar.

Jadi, apa yang saya harap, kita orang2 melayu duduk bersama, berbincang supaya perpaduan boleh diwujudkan dan sgt2 berharap agar demokrasi dihapuskan. Kita ganti dengan sistem Khalifah, yang betul2 mengikut ajaran Islam. Berkenaan orang bukan Islam, tidak perlu risau. Ajaran islam tidak akan menyusahkan sesiapa pon, termasuklah orang bukan Islam, dengan syarat mereka tidak emnentang Islam.

Jadi, kepada UMNO, PAS dan PKR, anda sanggup menyahut cabaran ini?

Melayu dan Islam

pernah kah anda terpikir kenapa bila seorang yang berbangsa cina menganut agama kristian, tidak akan dipandang pelik, sedangkan kebanyakan mereka ada yang beragama buddha. Begitu juga kaum india, ada yang beragama kristian dan juga ada yang beragama hindu. Tetapi, sesuatu yang pelik dan akan menggegarkan bumi Malaysia apabila seorang melayu ingin atau sudah pon beragama kristian, atau pon agam2 laen. Kaum Melayu sudah pon "dikahwinkan" dengan agama islam, ini pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian saya sepanjang hidup di dunia ini. Ini merupakan usaha ulama2 terdahulu yang tidak mengenal penat lelah dalam memartabatkan ajaran suci ini.

satu artikel yang saya dapati dr blog sangtawal, yang mengupas serba sedikit berkenaan kaum melayu dan agama Islam. Perkaitan ini tejadi melaluui institusi raja raja melayu yang wujud sejak sekian lama nya di bumi bertuah ini. Di dalam blog nya, saudara sangtawal telah membangkitkan isu "barang simpanan" yang telah diamanahkan kepada raja-raja melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan "barang simpanan" itu?. saya pon masih kurang memahaminya, namn rasa ingin tahu semakin meluap dalam diri ini.

semoga artikel yang akan datang saya akan mendapat lebih info berkenaan isu ini. Mana2 sahabat yang ingin membaca artikel2 yang membincangkan dunia melayu dengan lebih detail, boleh la melawat blog sangtawal. Kalau xberkesempatan pon, jgn risau, saya akan sentiasa update di blog saya, berdasarkan artikel yang saya baca dari blog2 laen. Ingat, kita sama2 orang melayu mesti bersatu.

Sunday, October 3, 2010

tolong jaga adab..

orang melayu merupakan kaum yang tinggi budi pekertinya. Ini adalah hasil ulama-ilama terdahulu yang menyerapkan budaya Islam ke dalam setiap hati orang melayu. Tapi apa yang saya dapati di dalam blog-blog pembangkang yang secara kurang ajar nya mendoakan Tun M supaya mati cepat amat menyedihkan. Siapa Tun M?dia merupakan mantan PM Malaysia yang ke-4, dan telah banyak menabur budi dan jasa ke atas bumi Malaysia.

Saya akui, ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan beliau sepanjang pemerintahan beliau. Tapi, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau ada perlakuan beliau yang salah, biar ALLAH yang menghakimi, siapa kita nak menilai kesalahan beliau sedangkan kita sendiri belum tentu bersih dr sebarang dosa.

Adab orang Islam bila mendengar seseorang itu jatuh sakit ialah dengan mendoakan kesejahteraan orang itu. kalau ada kesempatan pergilah melawat, dan melawat orang yang sedang sakit pon perlu diiringi dengan adab. Mendoakan kecelakaan saudara seagama kita amatlah dilarang. Sedangkan tidak bertegur sapa selama 3 hari pon amat dilarang oleh Rasulullah SAW, ini kan pula untuk mendoakan kecelakaan mereka.

Jadi,kepada mana2 individu yang sudah terlepas cakap, pergilah memohon maaf kepada Tun,kerana kesalahan kepada ALLAH boleh meminta taubat. Tetapi kesalah kepada manusia, perlu mendapatkan kemaafan drpd orang tersebut. Kepada Tun, saya mendoakan kesejahteraan anda, kerana buah fikiran anda amat diperlukan untuk memartabatkan bangsa Melayu.

pentingnya perpaduan..

lidi kalau dikumpulkan bersama sama amatlah susah untuk dipatahkan. Tapi kalau dicerai ceraikan menjadi beberapa kumpulan, dan sat kumpulan hanya mengandungi beberapa batang lidi, begitu mudah ia akan dapat dipatahkan. Begitu juga hiduo manusia. Tanpa perpaduan yg utuh, begitu senang anasir-anasir luar dapat menghancurkan kita. Malangnya, bibit-bibit perpecahan dalam kalangan orang melayu semakin parah, semakin membusuk dan hanya tunggu masa untuk dimusnahkan.

Namun kita masih belum terlambat. Bibit-bibit perpecahan masih boleh dipadamkan. Nanah yg membusuk masih boleh dibuang, dirawat dan ditaruk penawar agar ia pulih. Proses pemulihan ini bukan lah satu kerja yang mudah, memandangkan orang melayu di bumi bertuah ini telah terbahagi kepada 4 pecahan: UMNO, PAS, PKR, dan yg atas pagar. Pemimpin-pemimpin Melayu, dan semua orang melayu perlu bekerjasama, bersatu hati untuk memulakan proses perawatan ini. Golongan yg menjadi virus, yang boleh membantutkan usaha murni ini harus dibanteras dari sekarang. Tidak lupa juga virus yg ada dalam diri setiap orang melayu, iaitu sifat PHD, yang sentiasa merenggangkan hubungan sesama saudara. Itu juga harus dihapuskan dengan serta merta.

Orang melayu perlu kenal siapa kawan dan siapa lawan. Jangan hanya kepentingan sendiri, kawan dijadikan lawan, dan lawan dijadikan sahabat yang setia. Di Malaysia ni, kite sendiri kenal siapa lawan kita, dan tidak perlu saya perjelaskan dengan panjang lebar. Namun, ada sebahagian orang melayu yang masih x mahu menerima hakikat ini, dan berterusan menjadikan lawan sebagai kawan. dan kawan sebagai musuh sejati.  Keadaan ini hanya akan merugikan kaum melayu itu sendiri, dan bangsa kita akan terus dipijak, dihina setiap masa.

Marilah bangsa ku, kita rapatkan saf, kukuhkan ikatan, agar bangsa kita sentiasa kuat untuk menghadapi segala ancaman dari luar. Buang segala prasangka buruk, dan jangan ada sifat iri hati kepada saudara kita. Sedarlah, jangan kerana kepentingan diri sendiri, kita sanggup untuk menggadaikan agama dan bangsa sendiri. Bersatulah orang Melayu!!!!

Saturday, October 2, 2010

bermula lah satu perjuangan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...bermula pada sat ini, aku akan memulakan satu perjuangan yg panjang untuk memastikan melayu islam akan terus bersatu, dan segala bentuk pencerobohan terhadap agama suci ALLAH di bumi ni akan aku tentang hais habisan..Ya ALLAH, aku mohon pertolongan dari mu...amin..